Latihan Microsoft Word

18 Julai 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 17 Julai 2023, telah diadakan Pembelajaran yang bertajuk “Latihan Microsoft Word” bertempat di PEDi Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini bermula dari jam 3.30 petang hingga 4.30 petang.

Pembelajaran kali ini Bersama Adik Amin, murid tahun 3 Sekolah Rendah Felda Pasoh 2. Sesi latihan Microsoft word kali ini adalah latihan menaip. Di samping itu juga, adik Amin turut belajar menggunakan Word art, menukar tulisan dan menukar saiz tulisan. Selain daripada itu, adik Amin juga belajar cara memasukkan gambar ke dalam Microsoft word.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali